Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Anak Genius dan Mandiri Dengan Logico Primo

Logico Primo adalah game pembelajaran yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Saya mengenalinya ketika mula-mula kami merancang untuk membuka tadika PINTAS di Bandar Universiti, Tronoh, Perak. Kami memilih beberapa set game pembelajaran yang ditawarkan oleh pihak Grolier yang mana salah satunya adalah Logico Primo. Pertama kali anda melihatnya, pasti hati anda akan tertaut pada kehebatannya. 


Kenali Logico Primo
- Dicipta oleh pihak Grolier
- Ia didatangkan dengan papan jawapan biru yang mempunyai 6 butang bewarna.
- 10 set berdasarkan tema yang mengandungi 16 kad untuk setiap set.
- Buku panduan penggunaan alat ini disediakan untuk memudahkan guru atau ibubapa memahami cara untuk menggunakan alat ini.
- Satu kad mengandungi soalan dan jawapan pada bahagian belakang disertai aktiviti tambahan pada kad yang sama agar anak lebih memahami pembelajar yang menyeronokkan tersebut.
- Untuk usia 2 hingga 5 tahun.

Pengalaman di tadika PINTAS
Kanak-kanak sangat menggemari permainan ini, sampai je ke tadika terus cari set Logico Primo untuk mengeksplorasi setiap soalan yang digemari oleh mereka. Kegilaan tersebut seolah-olah anda bermain game di facebook dan sebagainya tapi manfaatnya sangat banyak untuk pembelajaran anak-anak. Hasilnya, anak-anak minat belajar, sukakan cabaran, mandiri, membantu kawan lain untuk menyelesaikan masalah, berfikiran kritis dan banyak lagi. Lebih menarik, anak-anak terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris seterusnya memahirkan mereka dengan kosa kata bahasa Inggeris itu sendiri.


Pengalaman dengan Anak sendiri
Selepas melahirkan anak sulung, saya pindah ke Ipoh dan tidak terlibat lagi dengan tadika. Jadi saya mulakan dengan anak sulung saya Hasanah ketika dia berusia hampir 2 tahun setelah saya balik ke Kelantan. Nenek Hasanah yang belikan Logico Primo. Saya mulakan dengan memberinya papan jawapan biru untuk melatih pergerakan tangan dia menggerakkan butang yang berwarna-warni. Nak bagi kad terus, takut dikoyakkan dan kecawa bila tidak dapat menjawab soalan pada kad.

Saya juga mengenalkannya pada warna-warna butang tersebut dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Disebabkan sibuk menjaga adik yang baru lahir dan berpantang, Logico Primo saya tinggalkan sehingga beberapa bulan lepas meneruskan kembali aktiviti Hasanah dan adiknya Fadhilah bersama Logico Primo.

Setelah Hasanah berjaya menggerakkan butang berwarna dengan lancar serta mengenal warna, saya masukkan kad bahagian jawapan pada papan jawapan tersebut. Tugas Hasanah adalah untuk memadankan butang bewarna dengan jawapan tersebut. Setelah bermain berkali-kali, Hasanah sudah mampu memadankannya sendiri tanpa pengawasan saya. Adik Fadhilah yang berusia setahun sekarang pun sibuk nak  bermain sama.

Langkah seterusnya ialah Hasanah menjawab soalan pada kad soalan la ye. Sebelum ni pun dia dan mencuba tapi masih di bawah pengawasan umi kerana dia akan tanya jawapan untuk soalan tersebut. Banyak yang mereka dapat belajar dengan Logico Primo ni. Anda pula bagaimana ?

2 comments:

Baitul SMR said...

iya! sangat setuju dengan Ummu Uswah.
Saya membelinya sebelum ke German sebagai persediaan alat bantu mengajar kepada anak2. Ternyata, memang sangat bermanfaat dan menyeronokkan. Syukur kerana bertemu dengan Logico Primo ini.

Alhamdulillah.

Salam perkenalan,
Ummu Khaulah @ Berlin

ummu uswah said...

to Baitul SMR

betul tu. slm perkenalan juga.

Post a Comment