Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Starfall.com Terbaru Untuk Hasanah


Sebelum ini saya ada bercerita tentang Starfall.com yang memberikan tutorial bahasa Inggeris untuk anak-anak kecil secara percuma di sini . Kali ini, Starfall.com melangkah lebih jauh dengan meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Inggeris untuk anak-anak kecil ke level seterusnya.

Tapi, modul baru ini tidak dapat digunakan percuma sepenuhnya. Jika anda mempunyai kelebihan wang untuk kebaikan pembelajaran anak anda. Laburkanlah di sini kerana ia cukup bermanfaat untuk anak-anak anda. Hasanah juga sukakannya.

Selamat mencuba.

Kakak Demam

Alhamdulillah,

Untuk pertama kali adik Fadilah samapai ke Johor. Umi pula kali ke-3. Kami bertolak pukul 10.00pagi 3 Dis dan sampai ke Keluang pukul 9.45malam pada hari yang sama.

Kesian kakak Hasanah ditinggalkan dengan Mak Toknya. 4 Dis adalah Majlis menyambut menantu bapa saudara abu Uswah. 

Pukul 4 petang 4 Dis kami bertolak balik dan sampai di rumah pukul 5.00pagi 5 Dis. Menarikkan.

Pas tu, kakak demam seminggu sebab berpisah dengan ummi. Lepas mengurut arulah kebah demamnya.

Syafakillah kakak.