Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Sabah tu kat Mana ?


Pagi-pagi lagi, kakak Hasanah tanya umi "Umi, Sabah tu kat mana?"

Untuk kakak Hasanah, jom tengok peta Malaysia ni. Sabh tu kat bahagian atas Sarawak. Yang warna purple tu. Sekarang, kita kat Negeri Kelantan. Maksudnya dalam negara Malaysia. Negara Malaysia mempunyai 14 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Selangor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.  

Ape ke pekdah nyer ajar anak 2 tahun tentang negeri-negeri kat Malaysia ni ? Ni la cebisan intelek.

Anak Genius dan Mandiri Dengan Logico Primo

Logico Primo adalah game pembelajaran yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Saya mengenalinya ketika mula-mula kami merancang untuk membuka tadika PINTAS di Bandar Universiti, Tronoh, Perak. Kami memilih beberapa set game pembelajaran yang ditawarkan oleh pihak Grolier yang mana salah satunya adalah Logico Primo. Pertama kali anda melihatnya, pasti hati anda akan tertaut pada kehebatannya.