Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Pendidikan Melalui Keteladanan

Pernah anda mengalami keadaan di mana anak meniru perbuatan anda? Jika ya, maka itulah yang dinamakan sebagai pendidikan melalui keteladanan.

Pendidikan melalui keteladanan atau peniruan adalah perkara yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak akan tercorak seperti apa yang berada di sekeliling mereka. Apa yang mereka dengar, lihat dan rasa akan membentuk diri mereka sama ada menjadi seorang yang berakhlak mulia atau sebaliknya.

Jadi, pertama sekali ... ibubapa perlu menentukan apakah yang bakal terjadi kepada anaknya 20 tahun akan datang. Seorang ulama, guru, doktor, hafiz, penyanyi, pelakon, pelacur dan sebagainya. Kemudian, berikan mereka ransangan seawal mungkin.

Islam menganjurkan pendidikan anak bermula dari pemilihan calon suami dan isteri. Agar anak yang bakal lahir adalah yang dibanggakan oleh Rasulullah saw. Seterusnya, ibubapa terus mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya dan diajarkan kepada anak - anak sejak dari kandungan hinggalah ke akhir usia mereka.

Tapi sayangnya hari ini ibubapa disibukkan dengan mencari kesenangan di dunia. Anak ditinggalkan bersama pengasuh atau tv yang siap dengan astro yang penuh dengan rancangan yang merosakkan akhlak seorang Islam. Terkadang kita perlu hairan dengan situasi hari ini yang memberi seluas-luasnya peluang kepada keruntuhan moral, cerita picisan, realiti tv, konsert dan cerita hantu, tapi menutup serapat-rapatnya pintu-pintu ke arah kebaikan. Berapa ramai anak muda yang cinta pada rumah-rumah Allah berbanding yang sanggup memenuhi tempat-tempat hiburan walaupun jauh dan mahal harganya?

Bertindaklah sekarang sebelum terlambat. Ubah dirimu agar hidup anakmu pun akan berubah.

0 comments:

Post a Comment