Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Anak (Toddler) Aktif Fizikal dan Mental

Buat semua pembaca, artikel ini disediakan buat kalian yang sudah mempunyai anak. Seperti biasa, saya seringkali berkongsi pembacaan saya, jadi pembacaan saya kebanyakannya (tak semua) berkisar tentang anak-anak sekitar umur 1-5 tahun kerana

Setiap bayi pastinya berbeza dari sudut sikap dan tingkah lakunya. Ada yang suka bermain sendirian dan ada juga yang gemar bergaul untuk bermain. Namun, ada juga bayi yang lebih cenderung untuk berdiam diri atau kurang bergerak daripada mencuba perkara-perkara baru di sekelilingnya. Untuk menggalakkan bayi kesayangan anda bangun dan bergerak, pastikan ia mempunyai peluang yang banyak untuk melakukan ‘eksperimennya’. Berikan masa, ruang dan kebebasan kepadanya untuk bergerak, meneroka dan bermain dengan aktif, tidak kira samada di dalam rumah atau luar rumah.

Kemudian, cuba kurangkan meletak bayi di kereta sorongnya atau kerusi tingginya. Kerana hal itu akan mengurangkan penerokaannya dan menjadikannya selesa dalam keadaan diam. Sama juga dengan televisyen. Kurangkan masa menonton televisyen untuk menggalakkan anak melakukan aktiviti-aktiviti yang menggerakkan fizikalnya.

Jika anak anda mula merangkak untuk mengambil permainannya, cuba gerakkan permainan tersebut jauh darinya. Pastikan tidak hilang dari penglihatannya. Bayi anda akan merangkak dengan lebih jauh untuk mengambilnya. Jika bayi anda sudah mula merangkak jauh, cuba letakkan sesuatu yang menarik di atas sofa atau meja yang sesuai dan panggil anak anda untuk mengambilnya. Bayi yang gemar memanjat sudah tentu akan menyukai aktiviti ini. biarkan mereka memanjat (dengan pengawasan kita) dan biarkan mereka beraktiviti. InsyaAllah anak anda akan berkembang dengan optimum dari sudut mental dan fizikal.

Salam Mahabbah… =)


http://anakkusayang.com/blog/

Mama... Adik Belum Bersedia..



Mama selalu bisik di telinga. Katanya, "Umur adik dah dekat dua tahun, adik kenalah berhenti minum susu mama". Adik jadi bingung. Kenapa kalau dah dua tahun kena berhenti minum susu. Habis adik nak minum apa?

Bulan depan adik akan sambut hari jadi kedua. Seronoknya! Selalunya bila mama buat majlis hari jadi, ada ramai orang datang. Yang paling seronok, ada kek besar. Dulu, waktu hari jadi kakak pun ada kek besar, tapi adik yang cap tangan atas kek tu. Tapi adik masih runsing untuk menyambut hari jadi kedua ni. Betul ke adik kena berhenti menyusu?

Setiap kali adik memikirkan persoalan ini, adik mesti cari mama dan nak terus 'nenen'. Kalau boleh nak minum lama-lama. Yang peliknya semakin lama adik rasa susu mama makin banyak. Tapi kenapa adik kena berhenti menyusu? Mama selalu cakap dengan papa, nampaknya rancangan nak berhentikan adik menyusu belum berhasil, sebab adik semakin kerap menyusu. Makin kerap menyusu, maksudnya susu pun bertambah!

Satu petang, mama tanxyakan pada adik, "Adik nak baby tak?". Mestilah adik jawab,"Naak", dengan senyuman manja. "Habis tu, kalau adik nak baby, adik kena la berhenti minum susu mama", kata mama lagi. "Siang hari adik minum susu segar, bila malam adik minum air kosong", mama memberi cadangan. Adik jadi bingung lagi. "Malam ni, kalau adik terjaga tidur, mama nak kasi air kosong je, boleh tak?", tanya mama lagi. Adik pun jawablah, "Boleeeh". Sebab memang dua perkataan, "Nak" dan "Boleh" adalah dua perkataan yang paling adik gemari. Mama pun ketawa mendengar jawapan adik.

Adik sebenarnya, suka juga minum susu segar dalam botol. Sebab rasanya lemak berkrim. Dah banyak kali juga mama bagi adik cuba minum susu segar. Hampir nak sama rasanya dengan susu mama, tapi susu mama masih pilihan nombor satu! Kalau siang hari, adik rasa tak kisah sangat, sebab ada banyak makanan lain yang adik suka makan. Tapi bila waktu malam, adik rasa tak boleh kalau tak minum susu mama. Tambahan pula kalau susah nak tidur. Mesti nak peluk mama sambil minum susu mama.

Malam itu, bila adik terjaga, mama pun mengingatkan adik yang adik kena minum air kosong. Alamak! Sebenarnya, tadi adik main-main aje tadi, bila adik kata "Boleh". Adik pun menjerit sekuat hati, bila mama hulurkan air kosong di dalam gelas. "Tak nak, tak nak!" Adik menangis sekuat hati. Mama pun cepat-cepat pujuk adik dengan 'nenen' lagi!

Esoknya, bila kakak dapat tahu cerita tu, terus dia ceritakan pengalaman dia semasa seumur dengan adik dahulu. Katanya, masa mama nak dapatkan adik, tiba-tiba susu mama jadi pahit, terus kakak tak nak minum susu mama. Bila mama terdengar kakak yang petah bercerita tu, mama terus tergelak. Apa yang kelakarnya ni mama? Adik betul-betul tak faham! Adik mulai bimbang, mungkin satu hari adik pun akan mengalami peristiwa yang sama, susu mama jadi pahit. Oooh! Tidak! Adik belum bersedia, mama!

Senyum itu Sedekah



Rasulullah SAW bersabda bahwa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahwa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).

Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).

Mungkin kita sering berpikir bahwa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang langsung boleh dinikmati penerima dalam bentuk barangan. Hal itu juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya.

Karena itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil.

Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah).

Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana.”

Wallahu alam

sumber : http://virouz007.wordpress.com/2010/06/22/864/

Origami


Hari ini, kami ingin berkongsi tentang origami bersama para pembaca. Tentu anda masih mengingati kapal, jet, baju dan pelbagai lagi lipatan kertas yang pernah anda hasilkan di zaman kanak-kanak. Kini, tiba masanya untuk menurunkan ilmu tersebut untuk anak-anak anda.

Tahukah anda bahawa origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.

Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.

Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku.

Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.

Layarilah laman sesawang berikut untuk mempelajari lebih banyak origami yang menarik.

Jangan lupa menggunakan kertas warna yang sesuai dengan origami anda. Wujudkan satu ruang untuk mempamerkan hasil kerja anda dan anak-anak. Selamat mencuba .

Mengenal Warna & Pasangan


Melipat baju adalah antara aktiviti wajib seorang ibu. Semestinya baju-baju yang bakal anda lipat pelbagai warna. Jadi kongsilah aktiviti ini bersama-sama anak untuk membantunya mengenal warna.

Jika anak anda telah pun mengenal warna, mintakan dia mengambil baju bewarna merah untuk anda. Jadi si anak akan berlari-lari mendapatkan baju merah yang belum dilipat kepada anda. Jika BETUL, ucaplah TERIMA KASIH kepadanya dan lipatlah baju tersebut.

Jika SALAH, ucaplah TERIMA KASIH tapi, perkenalkanlah warna merah kepada anak dengan mengambil baju merah dan ditunjukkan kepadanya. Selepas itu, minta anak ambil baju merah yang lain.

Baju kanak-kanak dan bayi biasanya didatangkan bersama baju dan seluar. Jika anda memegang baju merah anak, minta dia carikan seluar merah untuk baju tersebut. Jadi, anak akan belajar mengenal pasangan untuk baju tersebut.

Anda juga boleh mengajar anak mengelaskan baju-baju tersebut mengikut warna dan hak milik. Untuk level yang lebih tinggi, ajarkanlah anak bagaimana untuk melipat baju dengan kemas.