RSS

Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Jom Membaca


Uswatun Hasanah suka baca buku di waktu malam.

Foto Hasanah 1 tahun


Ini gambar Hasanah masa umur setahun. Abang mi dukung kakak Hasanah.

Homemade Playdough

Resipi playdough.
Bahan-bahan :
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream tar-tar
pewarna makanan

Cara membuatnya: Campurkan semua bahan kemudian panaskan atas api. Kacau tanpa henti sampai ia menjadi seperti mash potato. Lepas tu bolehlah dibahagikan untuk diletakkan pewarna. Selepas tu bagi pada anak-anak untuk diuli menjadi doh.

Stop BF

Alhamdulillah, hasanah dah berjaya diberhentikan susu badan pada usia 3 tahun 4 bulan. Setahun setengah tandem nursing dengan Fadhilah. Sekarang tinggal Fadhilah je yang minum susu ummi. Nak buat macam mana ye untuk pisahkan susu Fadhilah sebelum baby baru lahir. Lagi 2 bulan.

Tapi tandem nursing ni bestnyer banyakkan susu pada awal kelahiran.

Berpuasa Kerana Allah

Salam Ramadhan semua,

Sedetik kita muhasabahkan kembali. Kenapa kita berpuasa kali ini ? Kerana Allah, kerana adat, malu pada manusia atau kerana nak raya? Setiap amal itu dinilai melalui niat dan sejauh mana memenuhi syarat perlaksanaannya. 

Puasa yang terbaik adalah puasa kerana Allah dengan penuh kerelaan agar hasilnya adalah taqwa. Jika kita meneliti hadis ke-2 berkaitan rukun iman, rukun islam dan ihsan, maka kita akan dapat melihat bahawa rukun iman adalah input yang terdiri daripada keyakinan kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari qiamat dan qada' qadar. Sedangkan rukan Islam adalah proses di mana kita diwajibkan bersyahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.

Jika kita berjaya melakukan proses dgn baik maka hasilnya ialah ihsan yang bermaksud kita merasakan bahawa melihat apa yang kita lakukan. Saat itu kita akan meningkatkan hubungan dengan Allah dan memperbaiki mutu kerja kita. 

Doa Untuk Orang Tua

RM1700 For Your Birthday

Alhamdulillah, hari lahir hasanah sepatutnya 21 mac 2011 ni dia genap 3 tahun. Tapi kami suka sambut hari lahir hasanah ikut kalendar hijri yang jatuh pada 13 Rabiul awal atau sehari selepas maulidur rasul. Abi bermurah hati hadiahkan hasanah hadiah bernilai RM1700 untuk hasanah dan adiknya Fadhilah (10 Jan 2011).

Hadiah tersebut merangkumi
a) Disney Magic English
b) 10 vol Grolier Q&A about animals
c) 2 vol Grolier First Dictionary
d) 99 step to build chil esteem
e) rak buku

Umi pula bagi set bacalah anakku. Kat rumah ni, nenek dah belikan
a) English Muzzy
b) Word, word, word
c) Logico Primo
d) Experiment at Home
e) set Iqra'
f) cd animals discovery

Bestkan budak-budak zaman sekarang .