Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Bila Anak Merajuk...


Mmmm... biasanya, apa yang akan ibubapa atau penjaga lakukan apabila anak merajuk dan meragam. Beli ais cream, gula-gula, bawa jalan-jalan, tonton video kartun atau bagaimana ?

Sebelum ni, kalau kakak Hasanah buat hal, nenek dia akan bawa ke kedai runcit dan membeli apa saja yang diminta dengan harapan Hasanah akan berhenti meragam. Pada mulanya, ia amat berkesan. Selapas beberapa hari, jumlah merajuk dalam sehari semakin bertambah, jadi jumlah ke kedai runcit, demand memilih barangan dan nilai harga barang juga bertambah. Pokai dibuatnya.

Semalam ummi cuba cara baru. Bila kakak merajuk, ummi ajak teman ummi solat kat surau berdekatan. Alhamdulillah, kakak setuju dan dia tak buat hal semasa di surau. Pahala pun dapat, di samping membiasakan anak-anak dengan surau.

Aktiviti yang menarik. Selamat mencuba.

STOP BF & POTTY TRAINING


1. ceraikan susu hasanah.
- Mula - mula kene bagi makan kat hasanah sampai kenyang supaya tak demand tinggi untuk minum susu.
- Jadi makanan kene variasi : buah, sayur, kueh, susu, nasi, mee.
- Nak kene buat jadual masakan balik ni.
- elakkan dari melihat adik menyusu. adik minum susu ummi dari botol.
P/S: Ni semua sebab dia tak makan saman walau dicuba macam2 cara. Bijak betul budak ni.

2. potty training
- dah cuba untuk tidak pakai diapers dan minta inform ummi kalau nak kencing atau berak.
- semoga berjaya.

Due : 21 mac 2010.

GOOD LUCK FOR HASANAH

Berkongsi Ummi, Kasih dan juga SUSU

Alhamdulillah. Hari ini (13 Rabiul Awal) genap usia hasanah 2 tahun. Tapi kalau ikut kalender masihi 21 Mac 2010. Usia Fadhilah genap 50 hari.

Kalau ikut, masa mengandungkan fadhilah, hasanah tetap menyusu sehingga sekarang. Masa hari pertama selepas bersalin, hasanah menyusu atas katil hospital masa melawat ummi dan adik. Seronoknya dia sebab susu dah banyak sangat berbanding masa ummi mengandung dulu.

Hari kedua ummi dah boleh balik rumah, berpantang kat kg laut sebab mak tok boleh jagakan hasanah. Malamnya berlaku tragedi berebut susu ummi antara kakak dan adik sampai subuh. Nak nangis pun ada. Ummi nak bagi adik dulu jadi mak tok terpaksalah pegang hasanah yang meronta-ronta, pas bagi adik, bagi kat kakak pula. Pastu adik lak yang nangis, bagi pula kat adik, kakak pula yang nangis. Adoi... pening kepada ummi dan mak tok. Jadi cuba la susukan dua-dua sekali. Baru aman.

Biasa kalau kakak tengok adik menyusu, dia pun nak susu juga. Jadi susukan dua-dua sekali. Tapi kalau kakak menyusu dan adik pula nangis nak susu, kakak kadang tak bagi. Sekarang dah ok sikit sebab ummi kata, "kakak satu, adik satu". Jadi kakak lebih terbuka untuk berkongsi. Kalau dengar adik nangis, kakak akan inform kat ummi, "ummi, adik ummi. nangis... nangis." Walaupun masa tu dia tengah menyusu. Alhamdulillah. Tapi kadang letih juga melayan dua beradik ni. Bila dikenang, seronok pula.

ADIK BARU



Alhamdulillah. Dipermudahkan oleh Allah melahirkan adik kepada USWATUN HASANAH seberat 3.47kg pada 10/01/10 di HUSM Kubang Kerian pada pukul 6.10 pagi dan diberi nama FADHILATUL AHYA' BINTI MUHAMMAD FARID (Kebaikan Orang-Orang Yang Hidup). Semoga anak kecil ini akan terus berbuat kebaikan hingga ke akhir hayatnya. Amin.
Mulanya sukar sikit untuk berkongsi BF dengan si adik, sekarang ni dah ok. Jadi terpaksalah ummi BF dua-dua sekali, macam anak kembar dan memang mencabar. Doakan semoga dipermudahkan Allah segala urusan.

Adik Baru


Tinggal beberapa hari lagi Hasanah akan mendapat adik baru. Semoga Allah mempermudahkan proses besalin dan mendidik kedua-dua beradik ini.

Peniruan Si Kecil

Alhamdulillah. Sekarang Hasanah dah semakin membesar dan meniru apa-apa sahaja yang didengar dan dilihatnya.
Selalunya, ummi suka cakap kat kakak Hasanah cam ni bila tengok dia berdiri di atas kerusi makan. "Kakak, jatuh. Duduk." Jadi bila dia tengok kucing panjat meja atau almari dia akan kata, "cat, jatuh. Duduk." Siap dengan muka penuh kerisauan. Makan pun tak lupa kongsi dengan kucing.
Selalu ummi yang cakap kat kakak, "kakak, sabar." bila dia dah bising-bising nak susu. Satu hari, dia tumpahkan air dan cakap, "ummi, sabar." Kemudian, dia ambil kain dan lap air sambil cakap "lap, lap."
Kalau dah boring duduk kat rumah, mulalah nak jumpa sedara kat sebelah. Siap tolong carikan tudung ummi dan paksa ummi pakai tudung. "Ummi, tudung... tudung, cepat. Nak abe." Kalau lambat je mesti nangis - nangis dan tarik ummi ke pintu. Kalau mood baik sikit, dia pun nak pakai tudung juga kalau keluar rumah.
Kalau masa ummi dan abi solat, dia pun sibuk solat sekali, mintak sejadah dan dipakaikan tudung. Kadang diajaknya patung beruang untuk solat sama-sama dengan dia. Dah pandai ambil wuduk dan ngaji untuk beberapa huruf seperti aa, ba, ta,tsa, jim, ha, kha, fa, nun dan sebagainya. Dia sangat suka baca(belek-belek) buku, silap hari bulan diconteng dan dikoyaknya buku tu.
Kakak juga suka tolong ummi buat aktiviti mengemas rumah dan boleh diminta tolong apa-apa perkara.
Tu je aksi si kakak Hasanah. Semoga menjadi anak yang solehah hendaknya. Amin.

Pendidikan Melalui Keteladanan

Pernah anda mengalami keadaan di mana anak meniru perbuatan anda? Jika ya, maka itulah yang dinamakan sebagai pendidikan melalui keteladanan.

Pendidikan melalui keteladanan atau peniruan adalah perkara yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Anak-anak akan tercorak seperti apa yang berada di sekeliling mereka. Apa yang mereka dengar, lihat dan rasa akan membentuk diri mereka sama ada menjadi seorang yang berakhlak mulia atau sebaliknya.

Jadi, pertama sekali ... ibubapa perlu menentukan apakah yang bakal terjadi kepada anaknya 20 tahun akan datang. Seorang ulama, guru, doktor, hafiz, penyanyi, pelakon, pelacur dan sebagainya. Kemudian, berikan mereka ransangan seawal mungkin.

Islam menganjurkan pendidikan anak bermula dari pemilihan calon suami dan isteri. Agar anak yang bakal lahir adalah yang dibanggakan oleh Rasulullah saw. Seterusnya, ibubapa terus mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya dan diajarkan kepada anak - anak sejak dari kandungan hinggalah ke akhir usia mereka.

Tapi sayangnya hari ini ibubapa disibukkan dengan mencari kesenangan di dunia. Anak ditinggalkan bersama pengasuh atau tv yang siap dengan astro yang penuh dengan rancangan yang merosakkan akhlak seorang Islam. Terkadang kita perlu hairan dengan situasi hari ini yang memberi seluas-luasnya peluang kepada keruntuhan moral, cerita picisan, realiti tv, konsert dan cerita hantu, tapi menutup serapat-rapatnya pintu-pintu ke arah kebaikan. Berapa ramai anak muda yang cinta pada rumah-rumah Allah berbanding yang sanggup memenuhi tempat-tempat hiburan walaupun jauh dan mahal harganya?

Bertindaklah sekarang sebelum terlambat. Ubah dirimu agar hidup anakmu pun akan berubah.