Uswatun Hasanah (21 Mac 2008)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Mendidik Anak BERTUDUNG

Bertudung adalah sebahagian daripada perkara utama dalam menutup aurat. Jadi bagaimana untuk mendidik anak - anak sejak kecil untuk belajar bertudung hingga ke akhir hayat mereka, bukannya separuh jalan atau menganggap tudung itu hanya wajib apabila keluar berjalan - jalan.

1. Tunjukkan teladan

Sebagai ibu, anda adalah contoh utama dalam menjadi model bertudung untuk anak. Bertudunglah mengikut syariat iaitu memakai tudung untuk mengelak daripada aurat ternampak oleh mereka yang tidak layak untuk melihatnya. Maksudnya seorang ibu wajib bertudung di dalam rumah apabila ada lelaki asing datang bertandang ke rumahnya, menjemur kain di ampaian atau mungkin orang luar bisa memandang auratnya melalui tingkap yang terbuka. Pakailah tudung yang menutupi dada dan tidak nipis.

2. Memberi penerangan dengan hikmah

Sebagaimana kita wajib mendirikan solat, maka kita juga wajib menutup aurat. Namun, masyarakat sekarang memakai tudung sekadar satu kebiasaan, adat, peraturan di sekolah dan sebagainya. Oleh sebab itulah mereka mula menanggalkan tudung apabila sudah dewasa kerana tiada siapa yang dapat mengubah pilihan mereka. Orang yang bertudung juga dianggap 'cam baik sangat' dan terlibat dalam gejala sosial. Maka, sejak kecil anak - anak perlu difahamkan tentang kewajipan bertudung, faedah dan akibat jika tidak bertudung. Jika ini menjadi pegangan hidup si anak, maka tiada satu pun anasir luar yang akan mengganggugugat anak untuk meninggalkan tudungnya dalam segala situasi pun.

3. Pembiasaan dan galakan

Kebaikan adalah fitrah. Maka biasakan anak bertudung dan berasa gembira untuk bertudung. Membeli tudung yang sesuai dan cantik adalah sesuatu yang baik untuk memulakan misi ini. Tunjukkan cermin kepada anak ketika bertudung, mengambil gambarnya bertudung dan memuji kesolihannya dalam mengerjakan perintah Allah dan katakan mereka tentu disayangi Allah. Elakkan pemaksaan terhadap anak kerana ia akan merasa tertekan untuk bertudung kerana rasa panas, berpeluh dan merimaskan.

4. Doa

Jarang kita mendoakan sesuatu yang spesifik terhadap anak. Maka sekarang, detikkan dalam hat anda, "Ya Allah, permudahkanlah anakku bertudung dan mentaati perintahMu hingga ke akhir hayatya." Doa adala suatu kekuatan yang mampu mengubah gunung dari kedudukan asalnya, namun selalu ditinggalkan manusia.

0 comments:

Post a Comment